Sunday, April 26, 2015

TINDAKAN WARGA ASING TUNJUK KAD PPRSM MAKAN DIRI - 4 ORANG KANTOI






25 April 2015
jcmm
TINDAKAN WARGA ASING TUNJUK KAD PPRSM MAKAN DIRI - EMPAT KANTOI
Tindakan empat individu termasuk seorang wanita mengemukakan kad 'Pertubuhan Perpaduan Rakyat Satu Malaysia Sabah (PPRSM) sebagai dokumen pengenalan diri mereka memakan diri berikutan kad berkenaan tidak diiktiraf.
Berikutan itu, keempat-empat individu terbabit dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berusia antara 29 hingga 42 tahun diberkas dalam serbuan di tiga rumah di Kampung Tanjung Senimpul Pitas, dekat sini jam 7 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Isa Yusuf berkata, berdasarkan maklumat orang awam sepasukan anggota dari Balai Polis Pitas di ketuai Inspektor Abd Mukhtalif Abu Bakar menjalankan pemeriksaan di kawasan kampung terbabit.
"Hasil pemeriksaan di tiga rumah di kampung berkenaan tiga lelaki dan seorang wanita kerana gagal memgemukakan dokumen pengenal diri yang sah disisi undang-undang.
"Semua mereka hanya menunjukkan kad yang tertera Pertubuhan Perpaduan Rakyat Satu Malaysia Sabah sebagai dokumen pengenalan diri mereka.
"Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dokumen berkenaan tidak pernah dikeluarkan malah kad terbabit tidak diiktiraf," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, keempat-empat suspek itu kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
"Semua kad terbabit juga dirampas daripada mereka dan dibawa ke IPD Kota marudu untuk tindakan lanjut.
"Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Kata Mohd Isa lagi, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengesan individu mengeluarkan dokumen terbabit," katanya

Sumber : newsBorneo
kredit By SayangiNabawan DailyNews

Related Posts:

  • Pusat Pelancongan Daerah Nabawan KEDUDUKAN DAERAH NABAWAN PENSIANGAN Peta Sabahmenunjukan daerah Nabawan Pensiangan terletak dalam zon pedalaman atas.Daerah Nabawan Pensiangan ini bersempadan dengan daerah Tawau dan Kinabatangan di sebela… Read More
  • Lelaki Kakak TuaSeorang lelaki yang membuang telinga dan membelah lidah semata-mata untuk kelihatan seperti burung kakak tua, mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan menukar namanya kepada Ted Parrotman. Ted Richards, 58, begitu taksub… Read More
  • Lawatan Tn. Arthur Joseph Kurup ke Kg.Murni29.3.16,3.40pm (Program ke 4 hari ini) YBhg Tn.Arthur Joseph Kurup JP melawat warga KRT Kg.Murni A Nabawan seterusnya menyampaikan sumbangan dua buah kanopi khas utk KRT Kg.Murni A Nabawan. Kredit : Pbrs Pensiangan Sook … Read More
  • Banteras AlongKuala Lumpur: Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengepalai operasi membanteras kegiatan peminjam wang haram atau along secara menyeluruh dan berkesan. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN… Read More
  • KENALI TOKOH POLITIK NABAWAN MENGENALI TOKOH POLITIK TERKENAL NABAWAN Tokoh masyarakat terkenal awal tahun 1957 ialah OKK Sigoh bin Singkunan. Berikut adalah senarai mengikut pengiktirafan kerajaan melalui jawatan yang disandang:- Bil Nama \ Ja… Read More

0 comments:

Post a Comment