Sunday, October 11, 2015

Pusat Pelancongan Daerah Nabawan



KEDUDUKAN DAERAH NABAWAN PENSIANGAN
Peta Sabahmenunjukan daerah Nabawan Pensiangan terletak dalam zon pedalaman atas.Daerah Nabawan Pensiangan ini bersempadan dengan daerah Tawau dan Kinabatangan di sebelah Timur. Manakala daerah Keningau dan Tenom di sebelah Barat dan disebelah Selatan, berkongsi sempadan Antarabangsa dengan Kalimantan Indonesia. Keadaan bentuk muka bumi adalah berbukit bukau.
PUSAT PELANCONGAN UTAMA
Terdapat tiga tempat pusat pelancongan utama dalam daerah. Nama tempat tersebut ialah:-
 >>
NAMA
KAMPUNG
SETESEN
.1
Batu Punggul
Kg. Tataluan
Sepulot
.2
Batu Kukuik
Kg. Salarom
Pensiangan
.3
Telaga Garam
Kg. Salarom
Pensiangan
Berikut penjelasan ringkas mengenai ketiga-tiga tempat tersebut:-
  •  BATU PUNGGUL.
    • Batu punggul ini terletak di kampung Tataluan Sepulot. Untuk sampai ke kawasan tersebut adalah menaiki injin bot. Batu punggul ini mempunyai lagendanya. Untuk mengetahui legenda tersebut, sila kliksini. Klik untuk melihat Batu Punggul.
       
  • BATU KUKUIK \ GUA BATU KUKUIK
    • Batu Kukuik ini adalah sebahagian daripada peninggalan Perang Dunia Kedua, dan disini terdapat beberapa objek dan tulang-tulang serta tengkorak manusia. Kelanjutan ceritanya, anda adalah dijemput untuk melawat sendiri dan melihat disamping dapat mendengar serba sedikit atau secara total lagenda batu berkenaan. Gambar Pondok distinasi dan hadapan pintu masuk Gua Batu Kukuik.
       
  • TELAGA GARAM.
    • Telaga Garam ini terletak di Kg. Salarom, kira-kira satu jam perjalanan untuk sampai ke tempat berkenaan. Telaga Garam ini mengandungi zat garam yang asli dan sering digunakan oleh penduduk kampung berkenaan. Ianya dalam bentuk air dan diproses secara tradisional. Untuk mengetahui lebih lanjut cerita Telaga Garam ini, maka anda adalah dijemput untuk datang sendiri dan melihat keunikan Telaga Garam berkenaan. ( Telaga Garam ini wujud sejak kajian pertama British Shell iaitu tahun 1913.) Untuk melihat gambar klik sini.
Nota Penting:
Jika ada yang berminat untuk menghampiri atau melawat ketiga-tiga tempat tersebut, adalah disyorkan untuk menghubungi beberapa pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan seperti berikut:-
  1. Pegawai Daerah Nabawan

  2. No.Tel: 087-366212, 335211, Fax: 087-366212.
    Mel: Pejabat Daerah Nabawanatau
    Sabah Tourism Center 
    Sayangi Nabawan Official Page

0 comments:

Post a Comment