Sunday, April 26, 2015

5,799 tangkapan antara 2003 hingga 2013



SPRM


KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan 5,799 tangkapan melibatkan rasuah di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun dari 2003 hingga 2013.
   
Pengarah Bahagian Pendidikan dan Masyarakat SPRM, Datuk Shamsun Bahrin Mohd Jamil berkata,  54 peratus dari jumlah itu melibatkan golongan belia di bawah umur 35 tahun yang bekerja di sektor awam, swasta mahupun orang awam.
   
"Punca golongan belia terlibat dalam kes jenayah rasuah adalah disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup semasa yang tidak ingin melepaskan peluang untuk mendapatkan gajet terkini mengikut peredaran semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Program Karnival Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Negeri Sabah 2015, di sini hari ini.
   
Shamsun Bahrin berkata, pihak SPRM terus mengadakan program-program anti rasuah terutama di peringkat sekolah dan universiti dengan mensasarkan para pelajar sebelum mereka bekerja.
   
Katanya, pewujudan sekretariat pencegahan rasuah yang semakin giat dilaksanakan di peringkat universiti bertujuan menerapkan kesedaran mengenai bahaya rasuah terutama ketika lulusan universiti berada di alam pekerjaan kelak. -Bernama


Sumber : SinarHarian News
Kredit : SayangiNabawan DailyNews

Related Posts:

  • KENALI TOKOH POLITIK NABAWAN MENGENALI TOKOH POLITIK TERKENAL NABAWAN Tokoh masyarakat terkenal awal tahun 1957 ialah OKK Sigoh bin Singkunan. Berikut adalah senarai mengikut pengiktirafan kerajaan melalui jawatan yang disandang:- Bil Nama \ Ja… Read More
  • Banteras AlongKuala Lumpur: Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengepalai operasi membanteras kegiatan peminjam wang haram atau along secara menyeluruh dan berkesan. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN… Read More
  • PESALAH TRAFIK & RAKYAT Pesalah trafik terus diburuh. tidak boleh lari lagi. sekrang ni diburu di stesen atau terminal bas dan teksi. lepas ni tidak tahu dimana. jangan saja lepas habis smbhyang di masjid dan church klua… Read More
  • Unduk Ngadau Nabawan 2015Congratulation to Jivet John the winner of Unduk Ngadau Kaamatan Nabawan 2015 … Read More
  • Pusat Pelancongan Daerah Nabawan KEDUDUKAN DAERAH NABAWAN PENSIANGAN Peta Sabahmenunjukan daerah Nabawan Pensiangan terletak dalam zon pedalaman atas.Daerah Nabawan Pensiangan ini bersempadan dengan daerah Tawau dan Kinabatangan di sebela… Read More

0 comments:

Post a Comment