Sunday, April 26, 2015

Polis tangkap 12 suspek IS di Hulu Langat - Khalid

Polis tangkap 12 suspek IS di Hulu Langat - Khalid
Antara barangan yang berjaya dirampas oleh pihak polis dalam serbuan itu - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Pasukan polis dari Bahagian E8, Cawangan Khas hari ini berjaya menahan 12 suspek serta merampas sejumlah bahan letupan di Hulu Langat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua suspek dipercayai sedang merancang untuk melakukan huru hara di dalam negara.

"Pada 25 dan 26 April, bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas telah melancarkan satu operasi di Hulu Langat, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur ke atas sel anggota kumpulan pengganas yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas militan IS.

"Seramai 12 orang suspek lelaki warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan umur 17 sehingga 41 tahun telah berjaya ditangkap kerana disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

IS, Khalid, Polis
Kesemua suspek dipercayai sedang merancang untuk melakukan huru hara di dalam negara. - Foto PDRM

BACA:Polis tahan 17 orang disyaki rancang lakukan keganasan di ibu negara

BACA:PDRM tekad perangi kumpulan militan - Ketua Polis Negara

BACA:PDRM guna pendekatan 'brainwash' ke atas tahanan IS rakyat tempatan

Kata Khalid, rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota sel ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria.

"Mereka mahu melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat atau mempunyai kaitan dengan IS oleh pihak PDRM

"Di dalam operasi tersebut, pihak polis telah berjaya merampas lebih kurang 20 kilogram serbuk dipercayai Ammonium Nitrate, lebih kurang 20 kilogram serbuk dipercayai Potassium Nitrate, lebih kurang dua liter cecair dipercayai kerosin, dua unit alat kawalan jauh.

"Selain itu polis turut merampas motor penggera dan pelbagai jenis wayar, empat biji bateri 9 volt, penimbang digital, dua biji penyukat, tiga batang paip PVC dan penutup, bendera IS dan beberapa lagi peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan," ujarnya.

Polis, Khalid, PDRM
Suspek terbabit dipercayai mahu melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular. - Foto PDRM

Katanya lagi, kesemua 12 orang lelaki berkenaan ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab 6A - Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2013 (Akta 747).

Terdahulu, Khalid mengesahkan penahanan suspek berkenaan menerusi melalui akaun twitter dan Facebook rasminya.

Sumber AstroAwani
FOTO : PDRM

Related Posts:

  • SEJARAH RINGKAS MENGENAI TADAU KAAMATAN TADAU KAAMATAN The male and female bobohizan - traditional priests and priestess of the Dusun people - perform the magavau, a ritual dance of the Harvest Festival Rituals. Kota Kinabalu - Pest… Read More
  • Pesta Kaamatan dan Panawari peringkat Daerah Nabawan HARVEST FESTIVAL NABAWAN: Perayaan Pesta Kaamatan dan Tamu Besar (Panawari) peringkat Daerah Nabawan yang akan berlangsung pada 23 Mei depan dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Pang… Read More
  • ADAKAH PEGAWAI DAERAH PAGALUNGAN MENERIMA RASUAH? SAMAN FITNAH TERHADAP MURUT PAMAHUNAN Gambar ini diambil pada 17:45PM ISNIN 04HB MAY 2015 NABAWAN - Warga nabawan khususnya selalu buat statement tanpa unsur periksa dan akhinya jatuh ke muka pengadilan. ki… Read More
  • KOMPLEKS SUKAN NABAWANNABAWAN - Pembinaan kompleks sukan di daerah nabawan sudah lama dirancang dan semakin hari semakin ramai yang mengatakan dimana ke kompleks tersebut dibuat?. seawal tahun 90an rancangan merancakkan pembangunan di daerah naba… Read More
  • KEMALANGAN DI JALAN PAGALUNGAN - NABAWAN Kemaskini. NABAWAN - Lawatan dan program pelajar UMS di pedalaman telah mengalami kemalangan di jalan Pagalungan - Nabawan. Tiada kecederaan yang serius buat seketika ini. Difahamkan, mereka dalam perjalanan … Read More

0 comments:

Post a Comment