Sunday, April 26, 2015

Gempa Bumi Nepal: Angka Kematian Cecah Hampir 900


Sekilas Info Berita Luar Negara


Pasukan mencari dan menyelamat serta orang ramai membantu mengesan mangsa dalam runtuhan akibat gempa bumi



KATHMANDU: Angka kematian akibat gempa bumi kuat 7.9 pada skala Richter di Nepal semakin meningkat dan terkini mencecah hampir 900 orang.
Setakat ini, bencana itu juga mengakibatkan kemusnahan bandar ini dan juga menyebabkan berlakunya gelinciran tanah di Pergunungan Everest.
Jurucakap polis memaklumkan 876 penduduk dikhuariti maut dalam kejadian yang berlaku pada petang Sabtu itu.
"Lebih ramai lagi dipercayai terkorban, manakala kerosakan harta benda juga dijangka lebih teruk apabila gempa bumi itu melanda seluruh Nepal," kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Nepal di New Delhi, Krishna Prasad Dhakal
Sementara itu, Pihak Pengurusan Bencana Nepal, Ram Narayan Pandey pula berkata, sebahagian besar kawasan di negara ini telah terputus hubungan.
Pada kejadian gempa bumi pada 1934 dengan ukuran 8.3 skala richer, lebih 8,500 penduduk Nepal terkorban.

Setakat ini, jumlah kematian di bandar utara India adalah 12 orang, termasuk enam terkorban apabila rumah mereka di Uttar Pradesh runtuh.
Bencana itu juga mengakibatkan menara di bandar ini runtuh dan rosak teruk dan menyebabkan kira-kira 50 orang terperangkap.


Menara Dharara dibina pada 1832 adalah mercu tanda yang menarik kehadiran pelancong sejak 10 tahun lalu kerana ia mempunyai ruang tinjau.
Akibat keruntuhannya, menara yang asalnya setinggi bangunan 14 tingkat itu kini hanya tinggal 10 meter sahaja.
Selain itu, hospital di sini juga dipenuhi dengan orang ramai yang mendapatkan rawatan akibat cedera dalam kejadian itu

Sumber : mStar
Kredit SayangiNabawan
FInd Me : Sayangi Nabawan Facebook

0 comments:

Post a Comment