Sunday, April 26, 2015

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya


NABAWAN POST - 

 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.
     
  2. Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.
     
  3. Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang  melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.

Sumber : E-Fatwa Jakim

Related Posts:

  • Tiada Buli, kes dianggap selesai Kes Murid Potong Lidah : Tiada Buli, Kes Dianggap Selesai - Polis Shah Alam, 31 Mac: Tiada kejadian buli yang berlaku ke atas seorang murid di sebuah sekolah di Klang yang mendakwa dia dipaksa menggunting lidahnya sendiri pa… Read More
  • Lelaki Kakak TuaSeorang lelaki yang membuang telinga dan membelah lidah semata-mata untuk kelihatan seperti burung kakak tua, mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan menukar namanya kepada Ted Parrotman. Ted Richards, 58, begitu taksub… Read More
  • Banteras AlongKuala Lumpur: Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengepalai operasi membanteras kegiatan peminjam wang haram atau along secara menyeluruh dan berkesan. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN… Read More
  • Lawatan Tn. Arthur Joseph Kurup ke Kg.Murni29.3.16,3.40pm (Program ke 4 hari ini) YBhg Tn.Arthur Joseph Kurup JP melawat warga KRT Kg.Murni A Nabawan seterusnya menyampaikan sumbangan dua buah kanopi khas utk KRT Kg.Murni A Nabawan. Kredit : Pbrs Pensiangan Sook … Read More
  • Pusat Pelancongan Daerah Nabawan KEDUDUKAN DAERAH NABAWAN PENSIANGAN Peta Sabahmenunjukan daerah Nabawan Pensiangan terletak dalam zon pedalaman atas.Daerah Nabawan Pensiangan ini bersempadan dengan daerah Tawau dan Kinabatangan di sebela… Read More

0 comments:

Post a Comment