-
This is Slide 1 Title
This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...
-
This is Slide 2 Title
This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...
-
This is Slide 3 Title
This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...
Tuesday, August 2, 2016
Wednesday, April 6, 2016
Pemalsuan Dokumen
NABAWAN - Pemalsuan Dokumen melibatkan kakitangan kerajaan, dan orang tertentu dalam projek yang dijalankan di daerah Nabawan termasuk orang kenamaan. Salah seorang rakyat kita (Nabawan) digertak atau diugut dikawasan rumah menggunakan orang luar kerana projek tersebut. Jika benda ini berlarutan tindakan undang2 akan dijalankan dan seluruh tembelang anda akan terbongkar.
Dokumen sulit akan didedahkan jika anda tidak selesaikan masalah tersebut.
Laporan polis telah dibuat kerana mengugut.
Info Rakan
Thursday, March 31, 2016
Tiada Buli, kes dianggap selesai
Kes Murid Potong Lidah : Tiada Buli, Kes Dianggap Selesai - Polis
Shah Alam, 31 Mac: Tiada kejadian buli yang berlaku ke atas seorang murid di sebuah sekolah di Klang yang mendakwa dia dipaksa menggunting lidahnya sendiri pada minggu lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebaliknya, murid itu cedera pada lidah ketika dia bermain gunting milik rakan sekelasnya.
Kata beliau lagi, tiada sebarang bukti yang diperoleh sepanjang siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lalu bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit yang mendakwa dia dipaksa sekumpulan pelajar menggunting lidahnya.
"Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.
"Kes dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian diri sendiri," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Abdul Samah berkata, tiada tindakan diambil selepas Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.
Khamis lalu, seorang murid tahun dua mendakwa dia dipaksa menggunting hujung lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima pelajar senior. - Sayangi Nabawan
Hmetro.com.my
Wednesday, March 30, 2016
Lelaki Kakak Tua
Seorang lelaki yang membuang telinga dan membelah lidah semata-mata untuk kelihatan seperti burung kakak tua, mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan menukar namanya kepada Ted Parrotman.
Ted Richards, 58, begitu taksub dengan burung kakak tua peliharaannya, Ellie, Teaka, Timneh, Jake dan Bubi menyebabkan dia mentatu bulu pelepah pada muka dan matanya.
Pencinta haiwan turut mencacah 110 tatu dan membuat 50 tindik di wajahnya supaya menyerupai ciri burung terbabit.
Pesara pekerja kilang kasut itu mencacah tatu pertamanya pada 1976 dan sejak itu mula mengumpul koleksi tatu yang meliputi hampir seluruh badannya.
Namun, ia masih belum cukup bagi Richards yang berasal dari Hartcliffe di Bristol, Britain.
“Ia sesuatu yang sudah lama saya mahu lakukan. Saya sering berjalan dengan burung kakak tua sehingga saya dikenali sebagai Ted Parrotman.
“Jadi ianya nampak semula jadi untuk saya menukar nama keluarga saya kepada Parrotman,” katanya.
Richards berkata, dia sudah lama tidak berjumpa dan berhubung dengan kedua ibu bapanya kerana salah faham.
“Saya tidak tahu sama ada ibu bapa saya masih hidup atau sudah mati, selain tidak pernah berhubung dengan adik beradik yang lain. Saya sudah tiada kaitan dengan nama keluarga itu lagi.
“Keluarga sebenar saya ialah burung kakak tua dan nama baru itu sesuai untuk mencerminkan siapa diri saya,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia mempunyai ramai pengikut di laman Facebook dan muncul dalam program temu bual televisyen, Jeremy Kyle.
Selepas membuang telinganya pada tahun lalu, Richards terpaksa menemui pakar bedah plastik sekali lagi untuk memasukan ketulan sintetik di sebalik kulit kerana terlupa yang dia memakai cermin mata.
“Saya suka mengubah penampilan diri tetapi apabila melihat cermin, saya tertanya-tanya siapakah saya?
“Saya juga terfikir mengapa ramai orang berminat dengan apa yang saya lakukan. Saya sebenarnya biasa saja,” jelasnya.
Jika dibandingkan dengan pembedahan menukar warna biji mata dan memasukan tanduk ke tengkorak, Richards memberitahu, menukar nama lebih mudah.
“Saya kagum betapa mudahnya menukar nama secara rasmi. Saya hanya pergi ke laman web Deed Poll dan dengan beberapa klik saja ia selesai.
“Sudah tentu lepas itu anda berdepan kesukaran kerana
perlu menukar nama pada semua benda, dari akaun bank kepada pasport,” katanya.
Namun, tambahnya, semua itu tidak sesukar untuk menukar laman di laman Facebook.
“Ia (menukar nama di facebook) mengambil masa sedikit lama untuk diselesaikan tetapi saya berpuas hati.
“Saya berbuat demikian kerana mahu kelihatan seperti burung kakak tua saya,” katanya.
HMetro
Lawatan Tn. Arthur Joseph Kurup ke Kg.Murni
29.3.16,3.40pm (Program ke 4 hari ini)
YBhg Tn.Arthur Joseph Kurup JP
melawat warga KRT Kg.Murni A Nabawan seterusnya menyampaikan sumbangan dua buah kanopi khas utk KRT Kg.Murni A Nabawan.
Kredit : Pbrs Pensiangan Sook
Banteras Along
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengepalai operasi membanteras kegiatan peminjam wang haram atau along secara menyeluruh dan berkesan.
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam dalam syornya mahu KDN merangka pelan jangka panjang termasuk menerajui operasi membanteras kegiatan yang banyak menyusahkan orang ramai.
Beliau berkata, along yang ‘bertaburan’ di seluruh negara kini seolah-olah tidak takut dengan undang-undang dan pihak berkuasa.
“Saya semasa dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Biro Kebajikan bertemu dengan banyak kes, mangsa dan berjumpa dengan along ini.
“Mereka sebelum memberi pinjaman seperti adik-beradik tetapi selepas memberi pinjaman dengan cat merah, mengacau dan mengganggu,” katanya.
Sementara itu, M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang menyokong cadangan Abdul Azeez mahu kerajaan membanteras kegiatan along secara besar-besaran.
Katanya, kegiatan peminjam wang haram itu membawa kesan negatif kepada peminjam, ada antaranya terpaksa melakukan jenayah seperti mencuri dan merompak untuk membayar balik faedah tidak munasabah yang dikenakan oleh along.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed memberi jaminan akan berbincang dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyelaras operasi terbabit.
“KDN prihatin dengan kebimbangan Ahli Parlimen, kerajaan perlu mempunyai iltizam politik untuk membanteras kegiatan itu yang wujud walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkaitan.
“Jika itu cadangannya, KDN akan bincang dengan KPKT supaya kita boleh menerajui bagi memerangi kegiatan ini,” katanya.
Dalam pada itu menjawab soalan asal V Sivakumar (DAP-Batu Gajah) mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk membanteras kegiatan along, Nur Jazlan berkata, KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya terbabit dengan penguatkuasaan mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dalam bidang kuasa KPKT.
Katanya, sebanyak 351 along ditangkap dan 44 daripadanya didakwa di mahkamah tahun lalu berbanding 98 orang yang ditangkap pada 2014 dan 90 daripadanya telah didakwa di mahkamah.
Menurutnya, PDRM juga memberikan perlindungan keselamatan kepada pegawai pihak berkuasa tempatan ketika menjalankan aktiviti penurunan poster dan iklan along.
“Kita juga sebarkan poster dan brosur untuk mendidik orang ramai mengenai cara mengenali peminjam berlesen dan peminjam haram serta sebaran mengenai agensi yang menawarkan pinjaman mikro seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” katanya.
Sumber : Hmetro
Sunday, October 11, 2015
Pusat Pelancongan Daerah Nabawan
Peta Sabahmenunjukan daerah Nabawan Pensiangan terletak dalam zon pedalaman atas.Daerah Nabawan Pensiangan ini bersempadan dengan daerah Tawau dan Kinabatangan di sebelah Timur. Manakala daerah Keningau dan Tenom di sebelah Barat dan disebelah Selatan, berkongsi sempadan Antarabangsa dengan Kalimantan Indonesia. Keadaan bentuk muka bumi adalah berbukit bukau.
PUSAT PELANCONGAN UTAMA
Terdapat tiga tempat pusat pelancongan utama dalam daerah. Nama tempat tersebut ialah:-
Batu punggul ini terletak di kampung Tataluan Sepulot. Untuk sampai ke kawasan tersebut adalah menaiki injin bot. Batu punggul ini mempunyai lagendanya. Untuk mengetahui legenda tersebut, sila kliksini. Klik untuk melihat Batu Punggul.
Batu Kukuik ini adalah sebahagian daripada peninggalan Perang Dunia Kedua, dan disini terdapat beberapa objek dan tulang-tulang serta tengkorak manusia. Kelanjutan ceritanya, anda adalah dijemput untuk melawat sendiri dan melihat disamping dapat mendengar serba sedikit atau secara total lagenda batu berkenaan. Gambar Pondok distinasi dan hadapan pintu masuk Gua Batu Kukuik.
Telaga Garam ini terletak di Kg. Salarom, kira-kira satu jam perjalanan untuk sampai ke tempat berkenaan. Telaga Garam ini mengandungi zat garam yang asli dan sering digunakan oleh penduduk kampung berkenaan. Ianya dalam bentuk air dan diproses secara tradisional. Untuk mengetahui lebih lanjut cerita Telaga Garam ini, maka anda adalah dijemput untuk datang sendiri dan melihat keunikan Telaga Garam berkenaan. ( Telaga Garam ini wujud sejak kajian pertama British Shell iaitu tahun 1913.) Untuk melihat gambar klik sini.
Jika ada yang berminat untuk menghampiri atau melawat ketiga-tiga tempat tersebut, adalah disyorkan untuk menghubungi beberapa pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan seperti berikut:-
No.Tel: 087-366212, 335211, Fax: 087-366212. Mel: Pejabat Daerah Nabawanatau Sabah Tourism Center Sayangi Nabawan Official Page |
Monday, September 28, 2015
KENALI TOKOH POLITIK NABAWAN
| Bil | |||
| 1 | OKK Sigoh bin Singkunan \OKK | 1957 | 1975 |
| 2 | OKK Lindong bin Tunon \KAN | 1976 | 1977 |
| 3 | OKK Roslan Ampagang \KAN | 1977 | 1979 |
| 4 | Encik Adot Sigoh \ KD | 1980 | 1985 |
| 5 | Encik Hasbollah Kumbong \ KD | 1986 | 1994 |
| 6 | Encik Andipai Ranti \ KD | 1995 | 1999 |
| 7 | Encik Tinus Lindas \ KD | 2000 | Sehingga kini |
| 8 | Encik Sayuti @ Sayau Tangkap \ KD | 2001 | Sehingga kini |
| Bil | |||
| 1 | YB OKK Abu Bakar Anik \ USNO | 1969 | - |
| 2 | YB Azmi Koroh \ BERJAYA | 1976 | 1985 |
| 3 | YB Hj. Adib Said Besar Sigoh \ PBS | 1986 | Terus |
| 4 | YB Hj. Adib Said Besar Sigoh \ PBS | Terus | 1998 |
| 5 | YB Hj. Adib Said Besar Sigoh \PBS | 1998 (UMNO) | 1999 (PBRS) |
| 6 | YB Ulin Datuk Pamiang \ PBS(3 bulan) | 1999 | 1999 |
| 7 | YB Ulin Datuk Pamiang \ UMNO | 21/06/1999 | 13 April 2004 |
| 8 | YB Bobbey A. Suan \ UPKO | 21/04/2004 | sehingga kini |
| 9 | Seterusnya.....? | - | - |
Datuk Hj. Adib Said Besar Sigoh tidak dicalonkan oleh Tan Sri Datuk Kurup pada Pilihanraya Negeri tahun 1999, dan mencalonkan Datuk Ellron Angin, Serta Datuk Ellron Angin tewas kepada Encik Ulin Pamiang.Datuk Hj Adib tidak pernah kalah dalam pilihanraya negeri, dan kini mengikuti jejak beliau ialah Datuk Bobbey A. Suan.
|

Monday, May 25, 2015
Pesalah trafik terus diburuh. tidak boleh lari lagi. sekrang ni diburu di stesen atau terminal bas dan teksi. lepas ni tidak tahu dimana. jangan saja lepas habis smbhyang di masjid dan church kluar2 ja kena tngkap.
orang atasan yang banyak rasuah, terlibat dengan segala kes tidak di cari dan di sumbat dalam lokap.
Kalau pihak bertanggungjawab betul2 ingin mencari penjenayah, kes lain Utamakan dulu yang kes berat, kes yang membabitkan kerugian negara, kes yang membahayakan nyawa, kes yang sudah terlalu lama rakyat takut bukan dengan hanya mencari pesalah trafik saman, tngkap dan sumbat dalam lokap bru dibicarakan dimahkamah.
Kerajaan terlalu terdesak mencari duit sehinggakan rakyat yang menanggung kos semua.
Tidak cukup dengan kwsp, cukai Gst dikenakan rakyat, kenaikan harga barang melampau, kos sara hidup yang tinggi. kerajaan membuat pelaburan sehingga rakyat yang tanggung kesemuanya termasuk 1MDB.
Kami sebagai rakyat biasa tidak mampu untuk menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi. kami juga ada family.
Diharap kepimpinan tertinggi dapat menilai semula apa yang rakyat luahkan.
Sunday, May 24, 2015
Wednesday, May 6, 2015
Pesta Kaamatan dan Panawari peringkat Daerah Nabawan
Tuesday, May 5, 2015
KEMALANGAN DI JALAN PAGALUNGAN - NABAWAN
Kemaskini.
NABAWAN - Lawatan dan program pelajar UMS di pedalaman telah mengalami kemalangan di jalan Pagalungan - Nabawan.
Tiada kecederaan yang serius buat seketika ini. Difahamkan, mereka dalam perjalanan untuk pulang ke Kota Kinabalu.
Kredit Photo : Whatsapp Group
SEJARAH RINGKAS MENGENAI TADAU KAAMATAN
The male and female bobohizan - traditional priests and priestess of the Dusun people - perform the magavau, a ritual dance of the Harvest Festival Rituals.
Monday, May 4, 2015
ADAKAH PEGAWAI DAERAH PAGALUNGAN MENERIMA RASUAH?
Gambar ini diambil pada 17:45PM ISNIN 04HB MAY 2015
Friday, May 1, 2015
KOMPLEKS SUKAN NABAWAN
NABAWAN - Pembinaan kompleks sukan di daerah nabawan sudah lama dirancang dan semakin hari semakin ramai yang mengatakan dimana ke kompleks tersebut dibuat?.
seawal tahun 90an rancangan merancakkan pembangunan di daerah nabawan banyak kali dikatakan akan mengubah landskap pembangunan agar nabawan berdaya saing dari segi ekonomi dan infrastruktur bagi memudahkan warga nabawan mendapat manfaat tetapi sehingga tahun 2015 banyak kali projek yang terbengkalai seperti Pembangunan Hospital besar, JPN (baru saja siap) dan banyak lagi.
Kompleks sukan adalah satu-satunya harapan rakyat nabawan yang sudah lama mengharapkan infrastruktur kesukanan untuk kita lebih maju ke hadapan untuk saingan dan aktiviti sukan serta riadah. tetapi sehingga kini masih belum ada perlaksanaan walaupun sudah dikemukakan dan dibincangkan.
Plan pembangunan Kompleks sudah dibincangkan bersama Pegawai dan dan persatuan belia daerah nabawan serta ngo lain. Ada atau tiada perlaksanaan itu tertakluk kepada pemimpin daerah nabawan antara pegawai dan mana2 badan yang berhubung kait dengan perlaksanaan tersebut.
Apa yang diharapkan oleh rakyat nabawan khususnya ialah rakyat ingin tahu bila perlaksanaan kompleks itu, dan persiapan serta pembikinan. hari demi hari dikatakan akan dilaksanakan tetapi tidak ada pergerakan serta informasi.
walaubagaimanapun SayangiNabawan akan cuba untuk dapatkan informasi bagi perlaksaan tersebut agar seluruh warga nabawan akan tahu dan dapat menikmati pembangunan di daerah nabawan dan berharap kepimpinan dan pemimpin dapat memainkan peranan serta bertanggungjawab terhadap perlaksanaan infrastruktur tersebut.
Kredit : SayangiNabawan
1 Mei 2015
Selamat Hari Pekerja 2015
Monday, April 27, 2015
ASAL USUL BATU PUNGGUL
![]() | |
|
Pada suatu masa dahulu terdapat dua buah rumah panjang di Hulu Sungai Sepulut.Kedua-dua buah rumah ini dipisahkan oleh sebatang sungai yang bernama Sungai Sepulut. sungai ini merupakan perantaraan kedua-dua buah rumah panjang berkenaan. Penduduk yang menghuni rumah panjang berkenaan terdiri daripada suku kaum murut dan kaum ini merupakan penduduk yang terawal sekali menetap di pedalaman Sepulut.
Penduduk atau penghuni di kampung ini mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka mempercayai kepercayaan tahyul, roh, sihir dan sebagainya. Mereka juga mempunyai agama yang tersendiri iaitu agama ciptaan manusia seperti menyembah berhala. mereka percaya bahawa berhala-berhala ini mempunyai kuasa dan malapetaka akan terjadi sekiranya tidak mematuhi pantang larang yang telah dibuat oleh nenek moyang mereka terhadap batu berhala tersebut. contohnya jika seorang itu disumpah akan dimakan oleh buaya, maka dia pasti akan menjadi mangsa buaya apabila turun ke sungai.
Penduduk di kampung berkenaan mengamalkan pelbagai upacara yang besar-besaran seperti upacara perkahwinan, pengkebumian mayat dan 'tinauh'.Upacara ini amat dikenali dalam masyarakat murut dan ia merupakan satu bentuk penghantaran berian secara besar-besaran yang terakhir daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Pada suatu hari, salah seorang penghuni di rumah panjang berkenaan telah mengadakan majlis tinauh di tempat kediamannya.Semasa mereka sedang bersuka ria, tiba-tiba sahaja mereka telah kehabisan kayu api dan menyebabkan apa mereka padam. Hal berkenaan telah diadukan oleh penghuni berkenaan kepada ketua rumah panjang dan selepas bermesyuarat, mereka pun bersetuju untuk mendapatkan bantuan api dari rumah panjang di seberang sungai berkenaan. Tetapi malangnya penghuni rumah panjang di seberang tidak dapat menghantar api berkenaan kerana pada masa itu Sungai Sepulut sedang banjir besar dan tidak boleh diseberangi kerana alirannya terlalu deras dan merbahaya.
Ketua rumah panjang berkenaan terus memanggil-memanggil dengan penuh harapan dan mereka mulai merasa takut kerana hari semakin gelap. Keadaan mula menjadi sunyi sepi dan penghuni di rumah panjang yang sedang bersuka-ria itu mula merasa cemas. Jiran mereka di seberang sungai masih dapat melihat keadaan mereka dan ini menyebabkan mereka merasa sedih dan bersimpati. Ketua rumah panjang berkenaan kemudian memanggil semua anak-anak buahnya dan mereka telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan apa tindakan yang boleh diambil bagi membantu kawan-kawan mereka di seberang.
"Apa kata kalau kita mengikat sebatang kayu yang bernyala di kepala seekor anjing dan menyuruhnya berenang ke seberang.." Tiba-tiba seorang pemuda yang agak segak dan gagah memberikan cadangannya. Semua penduduk dirumah panjang berkenaan bersetuju sebulat suara dan mereka kemudian mendapatkan seekor anjing dan mengikat sebatang kayu yang bernyala ke kepalanya. Anjing itu kemudiannya diarahkan oleh mereka untuk berenang, bagaimanapun anjing berkenaan tidak sempat sampai ke seberang kerana telah hanyut dibawa arus deras, tetapi mujurlah ia dapat menyelamatkan dirinya. Hal yang berlaku itu diangap lucu oleh para penghuni rumah panjang tersebut lalu mereka ketawa terbahak-bahak hingga lupa masalah yang sedang mereka hadapi kelak...!!
Lain pula halnya dengan jiran mereka yang sedang menanti dengan penuh harapan diseberang sungai, mereka hanya memperhatikan dengan tenang peristiwa berkenaan dan tidak mentertawakan anjing yang malang itu kerana takut peristiwa buruk akan menimpa mereka kelak.
Setelah kegagalan anjing berkenaan, mereka telah mencari ikhtiar lain. Kali ini mereka telah menggunakan seekor ayam jantan. Mereka telah mengikat kayu yang bernyala ke seekor ayam jantan berkenaan dan mengharapkan ayam berkenaan dapat terbang ke seberang sungai dan seterusnya memberikan bantuan api berkenaan.
Ayam jantan berkenaan telah diterbangkan ke seberang, bagaimanapun ayam jantan berkenaan telah jatuh ke dalam sungai sebaik sahaja sampai di tengah-tengah sungai. Sekali lagi para penghuni rumah panjang berkenaan tertawa terbahak-bahak melihat peristiwa lucu berkenaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling mereka yang semakin gelap.
Setelah kehabisan ikhtiar dan usaha maka penghuni dirumah panjang sedang menantikan bantuan berkenaan pun balik ke bilik kediaman masing-masing kerana sudah tidak sanggup lagi melihat telatah jiran mereka di seberang sungai. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka masih meneruskan aktiviti masing-masing. Mereka telah mengambil seekor pacat yang kebetulan berada di ruang minum tapai. Mereka meneruskan aktiviti dengan mempermainkan pacat berkenaan iaitu memberi minum tapai, tetapi pacat berkenaan tidak mengerti perilaku manusia kerana pacat berkenaan merupakan seekor haiwan. Aktiviti untuk memaksa pacat berkenaan minum tapai diteruskan. Keadaan ketika itu melucukan kumpulan berkenaan sehingga meeka tidak menyedari bahawa perbuatan tersebut boleh membawa malapetaka.
Tiba-tiba angin ribut muncul, hujan lebat, petir dan solah-olah peperangan dunia kedua. Keadaan menjadi huru hara dan petanda malapetaka akan menimpa kampung sebelah.
Semua penghuni rumah seberang merasa takut dan mula mendiamkan diri. didalam hati mereka telah timbul rasa kesal yang amat sangat kerana telah melanggar adat dan pantang larang nenek moyang mereka. Dalam suasana rasa tidak tenang, tiba-tiba mereka ternampak sesuatu berwarna hitam gelap telah jatuh dari langit dan secara kebetulan benda tersebut jatuh tepat mengenai bumbung rumah panjang mereka.Dengan serta merta rumah panjang mereka menjadi batu berserta dengan penghuninya sekali dan batu itu amat tinggi sekali pada masa itu.
Manakala anjing dan ayam jantan yang digunakan untuk menghantar bantuan api ke rumah panjang yang telah bertukar menjadi batu juga telah berubah menjadi batu yang menyerupai bentuk kedua-dua jenis binatang berkenaan. Kedua-dua batu berkenaan tersadai di tebing Sungai Sepulut.
Malapetaka yang menimpa rumah panjang di seberang sungai berkenaan menyebabkan rumah panjang yang berdekatan dengan peristiwa tersebut terlibat dari pancaran sinar matahari dimana penghuninya merasa bosan kerana batu yang menghalang pancaran matahari di sebelah rumah panjang berkenaan tidak dapat menembusi batu berkenaan dan keadaan persekitaran rumah panjang yang tidak terlibat dengan malapetaka berkenaan dalam keadaan gelap.
Setelah sepakat, keluarga rumah panjang berkenaan telah bersetuju agar tujuh orang adik beradik berkenaan pergi ke batu berkenaan untuk menebang puncak yang menutupi pancaran matahari ke rumah panjang mereka. Adik pertama gagal dan seterusnya, sehingga kepada yang bongsu, maka sebahagian puncak batu berkenaan dapat di tebang dan pancaran mataharipun dapat menyinari persekitaran rumah panjang mereka. Adik yang bongsu tadi digelar sebagai wira. Sungguhpun batu berkenaan dapat ditebang sebahagiannya, ianya masih meninggal punggul yang masih tinggi dan sehingga kini batu berkenaan kelihatan yang masyarakat pada dahulu kala memanggilnya "Batu Punggul"
Melalui cerita & legenda ini, pihak kami berpendapat bahawa batu berkenaan berkemungkinan lebih tinggi daripada yang kita lihat sekarang ini. Selain dari itu kewujudan Batu Punggul tidak dapat dikesan, namun perkiraan dan mengikut kajian sejarah melaluid - Geological Shell Britisah ( Pakar Pencari Minyak ) kami berpendapat bahawa Batu Punggul ini wujud sejak beribu tahun yang lalu. Tiada ketepatan tahun yang dapat dinyatakan.
Sumber : Masyarakat Sapulut, Pejabat Daerah, Arkib Jabatan
Kredit SayangiNabawan
|
Sunday, April 26, 2015
Polis tangkap 12 suspek IS di Hulu Langat - Khalid

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua suspek dipercayai sedang merancang untuk melakukan huru hara di dalam negara.
"Pada 25 dan 26 April, bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas telah melancarkan satu operasi di Hulu Langat, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur ke atas sel anggota kumpulan pengganas yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas militan IS.
"Seramai 12 orang suspek lelaki warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan umur 17 sehingga 41 tahun telah berjaya ditangkap kerana disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA:Polis tahan 17 orang disyaki rancang lakukan keganasan di ibu negara
BACA:PDRM tekad perangi kumpulan militan - Ketua Polis Negara
BACA:PDRM guna pendekatan 'brainwash' ke atas tahanan IS rakyat tempatan
Kata Khalid, rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota sel ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria.
"Mereka mahu melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat atau mempunyai kaitan dengan IS oleh pihak PDRM
"Di dalam operasi tersebut, pihak polis telah berjaya merampas lebih kurang 20 kilogram serbuk dipercayai Ammonium Nitrate, lebih kurang 20 kilogram serbuk dipercayai Potassium Nitrate, lebih kurang dua liter cecair dipercayai kerosin, dua unit alat kawalan jauh.
"Selain itu polis turut merampas motor penggera dan pelbagai jenis wayar, empat biji bateri 9 volt, penimbang digital, dua biji penyukat, tiga batang paip PVC dan penutup, bendera IS dan beberapa lagi peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan," ujarnya.

Katanya lagi, kesemua 12 orang lelaki berkenaan ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab 6A - Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2013 (Akta 747).
Terdahulu, Khalid mengesahkan penahanan suspek berkenaan menerusi melalui akaun twitter dan Facebook rasminya.
Sumber AstroAwani
FOTO : PDRM
















